Isteri mana yang tidak marah apabila pasangan sendiri tidak mengambil berat soal penjagaan kebersihan rumah. -Gambar hiasan AI
KEHARMONIAN rumah tangga sering kali diuji bukan kerana masalah besar, sebaliknya berpunca daripada perkara-perkara remeh yang lazimnya dipandang ringan pasangan masing-masing.Seorang wanita meluahkan rasa berang apabila suaminya membuang uncang teh tidak tepat ke dalam tong sampah sehingga ia terjatuh di atas lantai dapur dan terbiar selama dua jam tanpa dikutip kembali. Lebih menyakitkan hati, si suami dikatakan seolah-olah tidak menyedari kesilapannya apabila bertindak menyoal kembali punca wanita tersebut naik angin.Dalam melalui kehidupan berumah tangga, perkara kecil yang dianggap remeh sering kali menjadi punca kepada sesuatu pergaduhan. -Gambar hiasan AI"Aku mengamuk sebab suami basuh cawan tapi uncang teh tak masuk betul-betul dalam tong sampah. Lepas dua jam aku pergi dapur, tengok benda itu dekat lantai."Lepas itu tanya kenapa aku nak mengamuk! Kadang-kadang perkara yang sangat kecil kalau asyik jadi berulang kali pun boleh jadi burnout juga," luahnya.Hantaran tersebut dibuat sebagai maklum balas kepada satu hantaran lain yang mempersoalkan mengapa golongan isteri sering dilihat mudah marah disebabkan isu-isu kecil.ARTIKEL BERKAITAN: Suami sambung belajar di luar negara tanpa bincang, biar isteri terkapai-kapai urus tiga anak kecil - “Habis kami nak hidup macam mana?”ARTIKEL BERKAITAN: berani perlekeh isteri siap nak tambah ‘cawangan’ - “Suri rumah inilah doa dia murah rezeki”Perkongsian berkenaan kemudiannya meraih perhatian dengan banyak komen dilihat bersetuju dan memahami situasi dialami wanita itu.Ini terbukti apabila ramai kaum isteri turut berkongsi pengalaman serupa apabila berdepan sikap pasangan yang kurang peka dan bersikap sambil lewa terhadap kebersihan di dalam rumah."Faham kenapa wanita ini mengamuk. Memang sakit hati bila kena nasihat atau ulang benda sama banyak kali.Wanita berang suami biarkan uncang teh terjatuh di atas lantai dapur selama dua jam.Wanita itu kecewa apabila si suami tidak sedar silap sendiri, malah menyoal kembali punca dia marah.Dia menegaskan perkara remeh yang berulang mampu membuatkan isteri mengalami burnout.Ramai kaum isteri turut berkongsi nasib sama berdepan sikap pasangan yang kurang peka soal kebersihan.Mereka turut berkongsi pengalaman masing-masing yang melibatkan sikap suami yang sambil lewa.Ringkasan berita ini dijana oleh AI"Kalau dekat budak 10 tahun tak apalah, ini otak dah habis berkembang. Benda common sense macam itu aku pun mengamuk."Geram, kan? Yang suami aku kupas buah oren, kulit dia biar atas karpet. Aku pun menjerit panggil suruh buang dalam tong sampah."Memang dia datang terus buang, apa la perangai," antara komen warga maya berhubung isu tersebut.