suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Fazley Yaakob sedih ingatan ibu semakin merosot, memori cuma bertahan 30 saat akibat demensia

Fazley (kanan) mahu berbakti kepada ibu selagi masih diberi peluang.

PENYANYI Datuk Fazley Yaakob berkongsi keadaan terkini ibunya, Datin Paduka Umi Kalsom Abdol Latib yang semakin merosot akibat demensia apabila ingatan jangka pendeknya kini hanya mampu bertahan selama 30 saat.

Fazley atau Ahmad Fazley Yaakob, 48, berkata keadaan ibunya semakin membimbangkan sejak dua hingga empat bulan lalu. 

"Buat yang mengenali ibu saya, beginilah keadaannya sekarang. Dia ada demensia atau orang Melayu kita panggil sebagai 'nyanyuk'. 

"Hanya memori-memori lama ibu masih mampu ingat. Dalam tempoh dua ke empat bulan ini ingatan ibu menjadi semakin singkat. 

Fazley (dua dari kanan) menemani ibunya melakukan pemeriksaan di hospital.

"Bermula dengan lupa di mana kejadian-kejadian seminggu lalu, sehinggalah sekarang tinggal 30 saat sahaja memori jangka pendeknya," katanya. 

Fazley berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di TikTok miliknya.

Menerusi hantaran tersebut, dia turut memuat naik video ketika membawa ibunya ke hospital untuk menjalani pemeriksaan.

Dalam pada itu, Fazley memberitahu ibunya kini sukar melakukan perkara mudah seperti membuka televisyen meskipun baru sahaja diajar beberapa saat sebelumnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesanan Fazley buat rakan artis... Fikir dulu sebelum kongsi isu sensitif, jejak digital tak boleh padam

ARTIKEL BERKAITAN: Fazley titip ucapan hari lahir, tak sabar sehidup semati dengan Vida

Bagaimanapun, penyanyi berkenaan berkata ibunya masih tidak pernah melupakan kata-kata kasih sayang yang sering diluahkan kepadanya.

"Perkara yang mudah seperti membuka televisyen pun menjadi sesuatu yang asing buat ibu walaupun baru diajar 30 saat lalu. 

"Tapi ayat yang tidak pernah dia lupakan untuk lafazkan, 'ibu sayang sangat dekat Paji (panggilan Fazley)' sambal dia peluk saya dengan titisan air mata.

"Seolah-olah tahu bahawa pengakhirannya nanti saya pun akan dia akan lupa siapa. Setiap hari ibu lafazkan kata-kata keramat itu agar saya kenang. Sedih, terlalu sedih," ujarnya. 

Sementara itu, Fazley turut menegaskan kepentingan seorang anak untuk terus berbakti kepada ibu dan bapa serta memberikan kasih sayang dan perhatian sewajarnya.

Fazley sedih mengenangkan keadaan kesihatan ibunya. 

Malah, dia turut menitipkan pesanan kepada individu yang ingin mengambil hatinya agar turut menjaga hubungan baik dengan ibu dan anak-anaknya.

"Hanya seorang anak yang mampu memahami bagaimana pentingnya bakti yang diberikan buat seorang ibu dan ayah pastinya ingin melihat anak-anaknya disayangi dan diberikan perhatian sewajarnya. 

"Nak menangi hati saya, ambil hati saya melalui ibu dan anak-anak. Kekalkan dengan cara begitu. 

"Semoga ibu tabah menghadapi ujian ini, tanda Allah menyayangi ibu," katanya.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain