Kehidupan minimalis mendidik kita supaya lebih menghargai barangan yang dimiliki dan mengelakkan pembaziran. -Gambar hiasan AI
GAYA hidup minimalis bukan sekadar mengurangkan jumlah barangan dalam simpanan, sebaliknya mengajar seseorang menghargai apa sudah dimiliki dan mengelakkan pembaziran.Bagi jurulatih gaya hidup minimalis, Alvin Mahathir Yunus, semakin lama dia mengamalkan cara hidup tersebut, banyak perkara sebenarnya tidak diperlukan dalam kehidupan seharian. Menurut Alvin, seperti kebanyakan orang lain, dia juga pernah mudah tertarik dengan barangan malah membeli sesuatu kerana harganya murah.Tidak hanya itu, pembelian tersebut hanya disebabkan dia merasakan perlu memiliki apa yang dimiliki orang lain.Bagaimanapun, perubahan cara berfikir membuatkan dia mula mengelak lima perkara yang padanya sangat memberi kesan kepada dirinya.1. Tidak membeli sesuatu hanya kerana murahAlvin berkata, harga murah tidak semestinya menjimatkan sekiranya barangan yang dibeli akhirnya tidak digunakan.Baginya, pembelian sedemikian tetap dianggap sebagai satu pembaziran kerana wang sudah dibelanjakan untuk sesuatu yang tidak diperlukan.2. Tidak mengejar telefon dan gajet terbaharuDia juga tidak lagi berasa perlu menukar telefon bimbit atau membeli gajet terbaharu selagi peranti yang dimiliki masih berfungsi dengan baik."Selagi telefon masih berfungsi dengan baik, saya tidak nampak sebab untuk menukarnya. Saya mahu menggunakan teknologi, bukan menjadi hamba kepada teknologi," katanya.3. Tidak membeli pakaian mengikut trendDalam soal pemakaian, Alvin lebih selesa memilih pakaian sederhana, selesa dan boleh digunakan berulang kali.Katanya, seseorang tidak memerlukan almari yang dipenuhi pakaian untuk kelihatan bergaya.Malah, dia biasanya hanya membeli pakaian bagi memenuhi keperluan tugasnya sebagai pengacara majlis (emcee).4. Tidak memenuhi setiap masa dengan aktivitiAlvin turut belajar menghargai masa lapang dan tidak lagi merasakan setiap waktu perlu dipenuhi dengan pelbagai aktiviti.Baginya, perkara sederhana seperti duduk berehat, membaca buku atau menikmati secawan kopi sudah cukup memberikan kebahagiaan.Pada masa sama, dia berusaha memikirkan cara menjana pendapatan pasif sebagai sebahagian daripada perancangan kehidupannya.5. Tidak membandingkan kehidupan dengan orang lainPerkara terakhir yang cuba dielakkan ialah menjadikan kehidupan orang lain sebagai ukuran kebahagiaan dan kejayaan diri sendiri.Menurutnya, dia tidak perlu bercuti ke destinasi mahal hanya kerana orang lain berbuat demikian.Begitu juga dengan pemilikan rumah besar, kereta mewah atau barangan berjenama yang tidak semestinya menjadi penentu kejayaan seseorang.Alvin menjelaskan bahawa semua perkara tersebut merupakan pandangan peribadinya berdasarkan manfaat yang dirasai selepas mengamalkan kehidupan minimalis.Dia juga tidak berniat memaksa orang lain mengikuti pendekatan sama atau menganggapnya sebagai satu-satunya cara terbaik untuk menjalani kehidupan.